Nama Sri Lanka

Rencana utama: Nama-nama Sri Lanka

Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama: ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan "serendipity"). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka.